Program Temuduga Terbuka Usahasama Jobmalaysia Bersama Exzone Percision Engineering Sdn Bhd

25 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 April 2019 (Khamis) telah berlangsungnya Program Temuduga Usahasama Jobmalaysia bersama Syarikat Exzone Percision Engineering Sdn Bhd di Pusat Internet Yan Kechil. Program ini diadakan dengan kerjasama Job Malaysia Kedah dengan menjadikan Pusat Internet sebagai egen kepada pencari kerja. Program ini diadakan bermula jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Antara kebaikan program ini adalah dapat Meningkatkan peluang pekerjaan dan Memudahkan penduduk setempat untuk mendapatkan pekerjaan.

Jawatan kosong yang ditawarkan pada kali ini ialah Sales Engineer, Debug Engineer Technichian, Supervisor Moulding, Purchasing Assistant Manager, dan SMT Assistant Manager khususnya untuk lelaki. Seramai 22 orang telah hadir bagi menduduki sesi temuduga pada hari tersebut. Calon dikehendaki membawa bersama salinan kad pengenalan, ijazah/degree, Sijil berhenti sekolah dan sijil-sijil akademik semasa menghadiri temuduga tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali